Lelaki 61 tahun diberkas berikutan insiden kelar di Pasir Ris West Plaza; 3 dikejar ke hospital
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: CNA/Abigail Ng
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 61 tahun diberkas pada Rabu (20 Dis) selepas tiga lelaki dilaporkan cedera di Pasir Ris West Plaza.
Mediacorp difahamkan bahawa kecederaan tersebut adalah akibat dikelar.
Polis menyatakan bahawa pihaknya menerima panggilan meminta bantuan di Blok 734 Pasir Ris Street 72 pada kira-kira 4.50 petang.
Seorang lelaki berusia 53 tahun dan dua wanita, berusia 53 dan 55 tahun, dikejarkan ke hospital dalam keadaan sedarkan diri.
"Seorang lelaki berusia 61 tahun dibawa ke hospital dalam keadaan separuh sedar dan kemudiannya diberkas kerana menyebabkan kecederaan parah dengan senjata berbahaya," kata polis.
Menurut pihak polis lagi, siasatan awal mendedahkan pihak-pihak yang terlibat dipercayai mengenali satu sama lain dan tidak mempunyai hubungan yang baik.
Siasatan polis masih dijalankan.
Rakaman kejadian itu tular di platform kiriman mesej, yang menunjukkan polis di luar Royal Regent, sebuah kedai menjual telefon bimbit dan barangan pakaian lain.
Apabila Mediacorp tiba di pusat beli-belah tersebut pada kira-kira 9.20 malam, sekurang-kurangnya enam pegawai polis berseragam berada di tempat kejadian. Empat kedai pula kelihatan dikepung dan orang ramai diberitahu untuk tidak mengambil gambar.
Kesan darah juga dilihat di luar kedai, dengan barangan seperti kasut dan stokin bertaburan di lantai.
Tidak lama kemudian, polis memperluaskan kawasan yang dikepung dan mengarahkan pihak media untuk meninggalkan kawasan berkenaan.
Apabila Mediacorp menghubungi pusat beli-belah itu pada Rabu malam, seorang wakil berkata bahawa insiden tersebut sedang disiasat dan enggan mengulas lanjut.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.