Skip to main content

Singapura

Lelaki 61 tahun di Pasir Ris West Plaza dalam insiden kelar didakwa atas percubaan membunuh

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 61 tahun di Pasir Ris West Plaza dalam insiden kelar didakwa atas percubaan membunuh

Gambar: Raydza Rahman/CNA

Diterbitkan : 21 Dec 2023 02:55PM
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 61 tahun yang diberkas berikutan insiden kelar di sebuah pusat beli-belah Pasir Ris, didakwa pada Khamis (21 Dis) atas percubaan untuk membunuh.

"Siasatan awal mendedahkan seorang lelaki berusia 61 tahun disyaki bersenjatakan sebilah pencincang dan menyerang tiga mangsa itu," menurut polis dalam satu kenyataan media pada Khamis.

Pihak-pihak yang terlibat dipercayai mengenali satu sama lain dan tidak mempunyai hubungan yang baik. Pencincang tersebut dirampas sebagai bukti kes.

Pihak polis dihubungi untuk memberi bantuan terhadap insiden tersebut di Pusat Beli-Belah Pasir Ris West pada tengah hari Rabu, di mana mereka mendapati seorang lelaki berusia 46 tahun dan dua wanita, berusia 53 dan 55 tahun, mengalami kesan luka kelar tetapi masih berada dalam keadaan sedarkan diri. Ketiga-tiga mereka dikejarkan ke hospital.

Lelaki yang berusia 61 tahun itu diberkas di tempat kejadian atas kesalahan menyebabkan kecederaan parah dengan senjata berbahaya. Dia didapati mengalami kecederaan semasa serangan berkenaan dan dibawa ke hospital dalam keadaan separuh sedar.

Hukuman bagi percubaan membunuh, yang menyebabkan ke atas seseorang, adalah penjara seumur hidup dan dirotan, atau dihukum penjara sehingga 20 tahun, didenda atau dirotan, atau kedua-duanya sekali.

Mereka yang berusia 50 tahun ke atas tidak boleh dirotan.
Related article image
Gambar: Raydza Rahman/CNA
Related article image
Gambar: Abigail Ng/CNA
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita