Lelaki 59 tahun maut, empat cedera dalam nahas di simpang Tampines; pemandu ditangkap

Tangkapan skrin daripada video yang menunjukkan kemalangan yang berlaku di Tampines. (Video: Facebook/ROADS.sg)
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 59 tahun meninggal dunia manakala empat lagi dibawa ke hospital selepas satu kemalangan pada Khamis malam (23 Dis) melibatkan empat kereta, sebuah teksi dan sebuah motosikal.
Khidmat kecemasan dimaklumkan tentang kemalangan yang berlaku di simpang Tampines Avenue 10 dan Tampines Avenue 1 pada sekitar 11.10 malam.
Seorang pemandu berusia 59 tahun berada dalam keadaan tidak sedarkan diri ketika dibawa ke hospital di mana beliau disahkan meninggal ketika dunia akibat kecederaan yang dialami, menurut polis.
Empat lelaki berusia antara 22 dengan 38 tahun dalam keadaan sedar ketika dibawa ke hospital.
Seorang pemandu 33 tahun ditangkap kerana disyaki memandu dalam keadaan mabuk, kata polis sambil bahawa siasatan sedang dijalankan.
Menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), seorang lelaki terperangkap di tempat duduk pemandu dan diselamatkan menggunakan alat menyelamat hidraulik.
Rakaman video yang tular di Facebook menunjukkan sebuah kereta merah melanggar pembahagi jalan dan bertembung dengan sebuah kereta berwarna putih, sebuah motosikal dan beberapa kereta lain.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.