Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki 59 tahun ditangkap disyaki membunuh di Redhill

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 59 tahun ditangkap disyaki membunuh di Redhill

Gambar fail seseorang digari. (Gambar: Reuters)

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 59 tahun ditangkap pada Jumaat (17 Mac) kerana disyaki terlibat dalam satu pembunuhan di Redhill.

Polis dalam satu kenyataan media menyatakan bahawa pihaknya dimaklumkan tentang kes pembunuhan di Redhill Close pada sekitar 10.50 pagi, 17 Mac.

Sebaik sahaja pegawai polis tiba, mereka mendapati seorang lelaki berusia 61 tahun terbujur kaku dengan beberapa kecederaan di dalam unit berkenaan.

Lelaki tersebut kemudian disahkan meninggal dunia oleh anggota paramedik di tempat kejadian.

Lelaki berusia 59 tahun itu, yang tinggal sebumbung dengan mangsa tersebut, ditangkap di tempat kejadian.

Suspek akan didakwa di mahkamah pada Sabtu (18 Mac) atas tuduhan membunuh di bawah Kanun Kesiksaan.

Kesalahan itu membawa hukuman mati.

Siasatan polis masih dijalankan.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan