Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki 59 tahun disyaki rompak mangsa $210 di Toa Payoh diberkas

Seorang lelaki berusia 59 tahun diberkas pada Sabtu (20 Mac) kerana dipercayai merompak seorang lelaki di Toa Payoh.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 59 tahun disyaki rompak mangsa $210 di Toa Payoh diberkas

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 22 Mar 2021 08:11AM Dikemas Kini : 22 Mar 2021 08:13AM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 59 tahun diberkas pada Sabtu (20 Mac) kerana dipercayai merompak seorang lelaki di Toa Payoh.

Dalam satu kenyataan media, polis menyatakan mereka menerima laporan dari mangsa pada kira-kira pukul 2.20 petang. Mangsa berkata beliau diserang dan dirompak wang tunai sebanyak S$210 oleh seorang lelaki tidak dikenali di Lorong 6 Toa Payoh.

"Menerusi pertanyaan kepada orang ramai dan dengan bantuan gambar dari kamera polis, para pegawai dari Divisyen Polis Tanglin mengenal pasti lelaki berusia 59 tahun itu dan menangkapnya selang empat jam selepas laporan dibuat," menurut polis.

Lelaki itu akan didakwa di mahkamah pada Isnin (22 Mac) atas dakwaan melakukan rompakan dengan menyebabkan kecederaan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Sesiapa yang didapati bersalah melakukan rompakan dengan menyebabkan kecederaan boleh dikenakan hukuman penjara antara lima dengan 20 tahun, dan sekurang-kurangnya 12 kali sebatan rotan.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan