Lelaki 59 tahun diberkas susuli pergaduhan maut di Lengkok Bahru
Anggaran Waktu Membaca:
Blok 55 Lengkok Bahru, lokasi pergaduhan yang mengorbankan seorang lelaki pada Isnin (20 Jul). (Gambar: Google Maps)
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 59 tahun diberkas selepas seorang lelaki meninggal dunia akibat pergaduhan di Blok 55 Lengkok Bahru pada Isnin (20 Jul).
Polis menyatakan pada Selasa (21 Jul) bahawa pihaknya menerima panggilan untuk mendapatkan bantuan sekitar pukul 4.45 petang pada hari sebelumnya. Apabila para pegawai tiba di tempat kejadian, mereka menemui mangsa, seorang lelaki berusia 59 tahun, terbujur di lobi lif tingkat 16.
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) membawa mangsa ke Hospital Universiti Nasional (NUH), di mana dia kemudian meninggal dunia.
Suspek diberkas di tempat kejadian, dan siasatan awal polis mendapati bahawa mereka berdua saling mengenali satu sama lain.
Mediacorp difahamkan bahawa kedua-dua lelaki itu terlibat dalam pergaduhan.
Siasatan polis sedang diteruskan.

Sumber : CNA/FD/fd
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.