Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki 59 tahun diberkas atas rompakan bersenjata 22 tahun lalu

Seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam satu rompakan bersenjata 22 tahun lalu sudah ditangkap, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam kenyataan medianya semalam (7 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 59 tahun diberkas atas rompakan bersenjata 22 tahun lalu

Gambar hiasan. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 08 Mar 2018 09:52AM Dikemas Kini : 08 Mar 2018 09:55AM

SINGAPURA: Seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam satu rompakan bersenjata 22 tahun lalu sudah ditangkap, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam kenyataan medianya semalam (7 Mac).

Lelaki tersebut yang kini berusia 59 tahun ditangkap Isnin lalu (5 Mac) di Malaysia dengan bantuan Polis Diraja Malaysia. Dia dibawa pulang ke Singapura keesokan harinya (6 Mac). Dia melarikan diri selepas didakwa melakukan jenayah tersebut pasa 5 Julai 1996.

Pada hari itu, dua lelaki merompak seorang lelaki 43 tahun dengan menggunakan pisau. Mangsa pada ketika itu baru sahaja mengeluarkan wang daripada sebuah cawangan OCBC berdekatan Blok 65 Yuan Kuang Road di Jurong.

Mereka menyerangnya sedang beliau berjalan menuju ke keretanya dan merompak sekitar S$44,000.

Kedua-duanya kemudian melarikan diri dengan menunggang motosikal yang dicuri.

Polis menangkap dua lelaki yang berusia 59 dan 65 tahun. Mereka dituduh di mahkamah. Namun, lelaki ketiga berleluasa selama 22 tahun.

Suspek ketiga itu akan dituduh di mahkamah hari ini (8 Mac) kerana bersubahat dalam rompakan bersenjata. Sekiranya didapati bersalah, dia boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 14 tahun dan disebat sehingga 12 kali. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan