Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki 57 tahun diberkas; pecah masuk, rompak unit dekat Joo Chiat

Seorang lelaki berusia 57 tahun ditangkap kerana disyaki terlibat dalam satu kes pecah masuk dan kecurian, menurut polis pada Ahad (8 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 57 tahun diberkas; pecah masuk, rompak unit dekat Joo Chiat

Wang tunai berjumlah sehingga S$1,890 dan harta benda lain ditemui ada bersama lelaki yang ditangkap pada 8 Ogos 2021. (Gambar: SPF)

Diterbitkan : 08 Aug 2021 09:23PM Dikemas Kini : 08 Aug 2021 09:26PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 57 tahun ditangkap kerana disyaki terlibat dalam satu kes pecah masuk dan kecurian, menurut polis pada Ahad (8 Ogos).

Pada sekitar 1.45 pagi Ahad, polis dimaklumkan tentang satu kes pecah masuk di sebuah unit yang terletak di Carpmael Road berdekatan Joo Chiat.

Lelaki berkenaan ditahan di Onan Road oleh para pegawai polis dalam tempoh 15 minit selepas jenayah itu dilaporkan, menurut polis.

Wang tunai sehingga S$1,890 dan harta benda lain turut ditemui pada lelaki itu.

Siasatan awal mendapati lelaki itu dipercayai terlibat dalam kes pecah masuk dan rompakan lain yang serupa di kawasan tersebut.

Dia akan didakwa pada Isnin dengan tuduhan pecah masuk dan rompakan. Jika didapati bersalah, dia boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda.

Polis menasihatkan semua pemilik hartanah supaya mengamalkan langkah-langkah pencegahan jenayah berikut:

- Kunci semua pintu, tingkap dan laluan masuk lain dengan kekisi bermutu tinggi serta mangga berkunci apabila meninggalkan premis tanpa pengawasan sekalipun buat sejenak saja

- Jangan menyimpan wang tunai yang banyak dan barangan berharga di dalam premis

- Pasang penggera pencuri, lampu yang menggunakan sensor pergerakan dan/atau memasang kamera litar tertutup (CCTV) untuk melindungi tempat masuk ke premis anda. Pastikan ia diuji secara berkala dan dalam keadaan yang baik. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan