Lelaki 56 tahun akan didakwa dengan tuduhan membunuh susuli pergaduhan di Beach Road
Seorang lelaki berusia 56 tahun sudah diberkas dan akan didakwa dengan tuduhan membunuh menyusuli pergaduhan yang berlaku di Beach Road, menurut kenyataan media polis pada Isnin (14 Sep).

(Gambar hiasan: Jeremy Long)
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 56 tahun sudah diberkas dan akan didakwa dengan tuduhan membunuh menyusuli pergaduhan yang berlaku di Beach Road, menurut kenyataan media polis pada Isnin (14 Sep).
Menurut pihak berkuasa, ia dimaklumkan tentang pergaduhan itu sekitar 3.00 petang pada Ahad dan menemui seorang lelaki berusia 67 tahun terbujur apabila para pegawai polis tiba di tempat kejadian.
Mangsa dikejarkan ke Hospital Tan Tock Seng (TTSH) dan disahkan meninggal dunia pada lewat hari tersebut.
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan pihaknya dimaklumkan mengenai panggilan meminta bantuan di Blok 6 Beach Road pada Ahad dan mengesahkan seorang individu dibawa ke TTSH.
Siasatan polis sedang diteruskan.
Suspek akan didakwa pada Selasa.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.