Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki 54 tahun dijel atas kesalahan seksual terhadap kanak-kanak 12 tahun

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 54 tahun dijel atas kesalahan seksual terhadap kanak-kanak 12 tahun

Mahkamah Negara di Singapura. (Gambar fail: Jeremy Long)

Diterbitkan : 22 Feb 2022 08:24AM Dikemas Kini : 22 Feb 2022 08:24AM

SINGAPURA: Seorang lelaki yang berusia 54 tahun dijatuhi hukuman penjara selama dua tahun dan lapan bulan pada Isnin (21 Feb) atas kesalahan-kesalahan seksual terhadap seorang budak lelaki berusia 12 tahun yang dikenali menerusi aplikasi cari pasangan Grindr. 

Ng Tuan Loo, seorang penolong gerai penjaja, berusia hampir 40 tahun lebih tua daripada kanak-kanak lelaki itu pada masa kesalahan itu dilakukan. 

Jenayah itu terbongkar apabila bapa tiri kanak-kanak itu membuat aduan polis, sambil mengatakan bahawa mangsa diserang secara seksual oleh tiga lelaki berbeza. 

Ng mengaku bersalah atas tiga tuduhan mengadakan hubungan seks dengan budak bawah umur, dengan enam lagi tuduhan turut diambil kira semasa menjatuhkan hukuman. 

Ng adalah yang ketiga daripada tiga lelaki itu. 

Mahkamah diberitahu bahawa Ng berkenalan dengan pelajar Menengah 1 itu melalui Grindr sekitar Disember 2019 atau Januari 2021. Ng fikir mangsa berusia 13 tahun. 

Mangsa memperkenalkan dirinya sebagai seorang biseksual dan diperkenalkan kepada aplikasi tersebut sekitar Jun 2019 menerusi kenalannya di Instagram, menurut pihak pendakwa. 

Mangsa memuat turun dua aplikasi sedemikian, termasuk Grindr secara palsu mengisytiharkan bahawa dia berumur 18 tahun untuk mendaftar bagi aplikasi tersebut. Sungguhpun demikian, mangsa menulis di profil Grindrnya bahawa dia berusia 13 tahun. 

Selepas Ng berkenalan dengan mangsa di Grindr, mereka mula berkomunikasi melalui Whatsapp. Ng memberitahu mangsa bahawa dia akan menjaga dan memberinya wang. 

Antara 12 Januari dengan 28 Januari 2020, Ng bertemu dengan mangsa tiga kali dan melakukan kegiatan seks setiap kali mereka bertemu.

Pada satu ketika, Ng menawarkan untuk membayar tambang GrabCar untuk mangsa agar dapat melakukan perjalanan ke rumah Ng selepas waktu sekolah. Mereka bertemu untuk kegiatan seks dan Ng mengupah mangsa S$70 selepas itu. 

Ng juga mengupah mangsa S$80 pada satu lagi pertemuan dan memberikan lebih banyak wang dan habuan pada kali ketiga mereka bertemu. 

Pada 5 Februari 2020, bapa tiri mangsa memeriksa telefon bimbitnya dan memutuskan untuk bersemuka dengan mangsa, yang mengaku mengadakan "hubungan fizikal" dengan tiga lelaki. 

Bapa tiri mangsa kemudian menghubungi Ng, yang mendakwa seolah-olah mangsa meminta wang daripadanya. Ng juga bertanya kepada bapa tiri mangsa tentang cara untuk "menghuraikan" isu tersebut. 

Bapa tiri mangsa membuat aduan polis setelah membincangkannya dengan ibu mangsa. 

Timbalan Pendakwa Raya G Kannan mengusulkan hukuman penjara sekurang-kurangnya selama 32 bulan. Beliau turut menarik perhatian bahawa dua lelaki lain yang mengadakan hubungan seks dengan mangsa masing-masing dikenakan hukuman penjara selama 32 bulan serta 32 bulan dan empat minggu. 

Walaupun mereka tidak didakwa bersama, kesalahan mereka adalah serupa dan terhadap mangsa yang sama, katanya.

Hakim turut mengambil kira usia mangsa yang sangat muda, jurang usia antara Ng dengan mangsa dan juga bagaimana Ng menggunakan aplikasi media sosial untuk "mengadakan hubungan seks secara rambang dengan sesiapa saja yang tidak dikenalinya". Hakim juga menarik perhatian kepada tahap eksploitasi yang tinggi dalam kes ini.

Sumber : CNA/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa