Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki 54 tahun diberkas atas maklumat palsu tentang senapang dalam teksi

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 54 tahun diberkas atas maklumat palsu tentang senapang dalam teksi

(Gambar fail: iStock)

Diterbitkan : 08 Jun 2024 08:00AM Dikemas Kini : 08 Jun 2024 08:01AM
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 54 tahun diberkas pada awal pagi Jumaat (7 Jun), beberapa jam setelah dia menghubungi polis untuk memberikan maklumat palsu.

Tindakannya itu mensia-siakan sumber awam yang digunakan untuk menyiasat aduannya konon terdapat ancaman.

Lelaki itu menhubungi polis pada pukul 8.30 pagi Khamis yang mendakwa bahawa terdapat senapang di bawah bonet sebuah teksi.

"Pemanggil menambah bahawa teksi itu akan memasuki Singapura melalui salah satu pusat pemeriksaan darat," menurut polis, sambil mendedahkan bahawa lelaki itu tidak memberikan butiran penuh dan dia juga tidak mahu mendedahkan indentitinya.

Bertindak berdasarkan maklumat yang diberikan, pihak polis menyelaraskan usaha dengan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) untuk mengesan teksi berkenaan.

Pihak polis berkata: "Teksi itu akhirnya ditemui dan ditahan di Pusat Woodlands."

Selepas menjalankan pemeriksaan yang teliti dan menyeluruh, pihak polis menyimpulkan bahawa maklumat yang diberikan adalah palsu.

Menerusi siasatan lanjut, polis berjaya mengenal pasti identiti lelaki itu dan memberkasnya pada Jumaat, sekitar pukul 1.10 pagi.

Lelaki itu akan dihadapkan ke mahkamah pada Sabtu (8 Jun) kerana memberikan maklumat palsu mengenai perkara yang berbahaya.

Sesiapa yang didapati bersalah atas kesalahan tersebut berdepan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, didenda sehingga S$50,000, atau kedua-duanya sekali.

Menurut pihak polis, kesemua ancaman keselamatan dipandang serius dan pihak berkuasa tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja yang mencetuskan kebimbangan awam dengan ancaman palsu.
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan