Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki 51 tahun ditemui mati dalam flat terbakar di Jurong West

Seorang lelaki berusia 51 tahun ditemui mati selepas satu kebakaran berlaku di sebuah flat di Jurong West pada Jumaat (8 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 51 tahun ditemui mati dalam flat terbakar di Jurong West

(Gambar: Google Street View)

Diterbitkan : 09 Nov 2019 07:59AM Dikemas Kini : 09 Nov 2019 08:01AM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 51 tahun ditemui mati selepas satu kebakaran berlaku di sebuah flat di Jurong West pada Jumaat (8 Nov).

Pihak polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan pihak mereka memberi respons kepada insiden tersebut, yang berlaku di tingkat enam Blok 516 Jurong West St 52, pada sekitar 7.40 pagi.

Kebakaran dipadamkan oleh para pegawai polis yang tiba dahulu di tempat kejadian menggunakan pemadam api menerusi tingkap ruang tamu flat tersebut, menurut SCDF.

Para anggota bomba kemudian memecah masuk flat tersebut menerusi tingkap bilik dan menemui seorang lelaki yang terbujur di dalamnya. Mangsa disahkan meninggal dunia oleh seorang anggota paramedik SCDF.

Polis menyifatkan kes itu sebagai kematian luar biasa dan sedang menjalankan siasatan.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan