Lelaki 51 tahun ditangkap memandu dalam keadaan mabuk di CTE
Seorang lelaki berusia 51 tahun yang disyaki memandu dalam keadaan mabuk pada lewat tengah malam 8 Oktober lalu sudah diberkas, menurut polis hari ini (14 Okt).
(Gambar: Petikan dari video YouTube)
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 51 tahun yang disyaki memandu dalam keadaan mabuk pada lewat tengah malam 8 Oktober lalu sudah diberkas, menurut polis hari ini (14 Okt).
Rakaman video daripada kamera yang dipasangkan dalam kenderaan menunjukkan sebuah kereta keluar masuk laluan trafik di CTE, berhampiran Braddell Road, dikongsi dalam kumpulan Facebook ROADS.sg pada pagi Isnin.
Menurut catatan itu, seorang pemandu ternampak kenderaan Honda tersebut di eksprewe pada sekitar tengah malam dan perasan lampu kereta berkenaan tidak dihidupkan. Mereka membuat keputusan untuk membuat rakaman video tersebut untuk "memberi amaran kepada para pengguna jalan raya lain".
Catatan tersebut menerangkan pemandu kereta Honda tersebut hampir melanggar banyak kenderaan di jalan raya dan tidak berhenti di beberapa lampu isyarat merah semasa ingin keluar dari ekspreswe. Lelaki itu juga memandu atas bebendul jalan di Yio Chu Kang Raod yang mengakibatkan tayarnya pancit. Catatan tersebut menambah pemandu itu juga sedang menggunakan telefon semasa memandu.
Pemandu yang merakamkan video tersebut berkata beliau menghubungi polis dan terus mengekori kereta tersebut sehingga ke sebuah tempat letak kenderaan di Sengkang. Apabila beliau mendekati pemandu Honda tersebut, dia dikatakan berbau alkohol namun suspek asyik menafikan dirinya mabuk.
"Seorang lagi saksi yang sedang mencuci keretanya di tempat letak kereta berkenaan melihat apa yang berlaku dan tampil untuk membantu kerana pemandu itu memaki hamun tanpa henti," menurut catatan tersebut lanjut.
Ia menambah: "Pemandu itu meletakkan keretanya di petak letak motosikal dan melanggar tembok sewaktu berbuat demikian. Dia membiarkan tingkap tempat duduk penumpang di bahagian depan terbuka dan pulang ke rumah."
Polis mengesahkan mereka dimaklumkan tentang kes seorang "pemandu memandu secara berbahaya di CTE menghala ke Woodlands" pada sekitar 12.10 pagi dan sedang menyiasat kes tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.