Skip to main content

Singapura

Lelaki 51 tahun diberkas rosakkan komputer riba, kenderaan di Bedok North

Seorang lelaki berusia 51 tahun diberkas kerana disyaki terlibat dalam satu kes gangguan awam, menurut pihak polis pada Selasa (18 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 51 tahun diberkas rosakkan komputer riba, kenderaan di Bedok North

Gambar fail seseorang yang digari.

Diterbitkan : 18 Aug 2020 11:56AM Dikemas Kini : 18 Aug 2020 11:58AM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 51 tahun diberkas kerana disyaki terlibat dalam satu kes gangguan awam, menurut pihak polis pada Selasa (18 Ogos).

Pihak polis menerima laporan Jumaat lalu pada sekitar pukul 2.10 pagi daripada seorang mangsa yang komputer ribanya dirosakkan oleh seorang lelaki yang tidak dikenali di kedai kopi di Bedok North Street 3.

Setelah menjalankan siasatan, para pegawai dari Divisyen Polis Bedok mengenal pasti identiti suspek itu dan memberkasnya pada Isnin.

Lelaki itu disyaki terlibat dalam sekurang-kurangnya dua kes perbuatan nakal lain secara berasingan, yang menyebabkan cermin depan sebuah kereta dan tingkap sebuah lori rosak di Bedok North Street 3, menurut polis.

Lelaki itu akan didakwa menyebabkan gangguan awam lewat pada Selasa.

Kesalahan itu membawa denda sehingga S$2,000. Jika perbuatan gangguan awam itu didapati menyebabkan kecederaan, bahaya atau gangguan kepada orang awam atau mereka yang tinggal di kawasan itu, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga bulan, didenda S$2,000 atau kedua-duanya sekali.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita