Lelaki 50 tahun didakwa kerana bunuh lelaki 41 tahun di blok HDB Clementi
Anggaran Waktu Membaca:

Para pegawai menyiasat lokasi jenayah di Blok 311B Clementi Avenue 4 pada 21 Okt 2024. (Gambar: CNA/Ili Nadhirah Mansor)
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 50 tahun pada Rabu (23 Okt) didakwa atas tuduhan membunuh seorang lelaki berusia 41 tahun di blok Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di Clementi.
Tertuduh, Toh Chee Hong, dihadapkan ke mahkamah melalui pautan video.
Jika sabit kesalahan, dia berdepan hukuman mati.
Dia akan direman selama seminggu dengan kebenaran untuk dibawa keluar bagi tujuan siasatan menyusuli permintaan oleh pihak pendakwa.
Menurut pendakwa raya, ia untuk "meneliti tempat kejadian" dan untuk mendapatkan lebih banyak bukti.
Toh, yang mengikuti prosiding mahkamah dalam Bahasa Inggeris, meminta permintaan pihak pendakwa diulang sebelum berkata "okay".
Polis dan khidmat kecemasan dimaklumkan mengenai kejadian di Blok 311B Clementi Avenue 4 sekitar pukul 5.00 petang Isnin.
Toh dan mangsa mengenali satu sama lain, menurut siasatan awal polis.
Blok di mana serangan dikatakan berlaku adalah sebahagian daripada Trivelis, blok HDB di bawah Skim Reka, Bina dan Jual (DBSS).
Toh diberkas di tempat kejadian. Mangsa dikejarkan ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri di mana dia kemudian meninggal dunia.
Seorang penduduk di blok bersebelahan sebelum ini memberitahu Mediacorp bahawa dia mendengar jeritan sekitar pukul 5.00 petang, dan seorang wanita menjerit meminta seseorang memanggil ambulans.
Seorang lelaki juga kedengaran menggesa orang lain untuk "menghentikannya".
Penduduk itu melihat seorang lelaki terbaring di kolong blok tersebut yang kelihatan masih boleh bergerak ketika itu, dengan darah di tangan dan mukanya, manakala seorang lagi cuba menyelamatkannya.
Penduduk itu juga melihat seorang lelaki mengejar seorang wanita berpakaian merah, dengan kedua-duanya berlari ke tempat letak kereta berhampiran.
Polis kemudian menahan seorang lelaki yang sedang memandu keluar dari tempat letak kereta, mengarahkannya supaya turun dari kenderaan itu, kata penduduk tersebut kepada Mediacorp.
Anggota Parlimen kawasan itu, Cik Sim Ann dilihat cuba menenangkan seorang lelaki yang menangis di tempat kejadian selepas kejadian tersebut.
Di tengah-tengah spekulasi mengenai identiti kedua-dua lelaki itu, Persatuan Rakyat (PA) pada Selasa (22 Okt) menolak laporan bahawa suspek adalah seseorang yang berkhidmat di peringkat akar umbi.
Mangsa bagaimanapun adalah seorang relawan akar umbi.

Sumber : CNA/AW/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.