Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki 47 tahun disyaki mati lemas di Taman East Coast

Seorang lelaki berusia 47 tahun meninggal dunia disyaki akibat lemas di Taman East Coast, menurut polis dalam responsnya kepada pertanyaan Mediacorp pada Isnin (8 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 47 tahun disyaki mati lemas di Taman East Coast

Gambar: Google Street View

Diterbitkan : 08 Nov 2021 04:28PM Dikemas Kini : 08 Nov 2021 04:30PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 47 tahun meninggal dunia disyaki akibat lemas di Taman East Coast, menurut polis dalam responsnya kepada pertanyaan Mediacorp pada Isnin (8 Nov).

Menurut polis, pihaknya dimaklumkan tentang insiden tersebut sekitar 11.00 malam pada Sabtu (6 Nov).

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan ia menerima panggilan meminta bantuan di 1202 East Coast Parkway di mana terletaknya kedai makan Enak Enak Hongkong Tea House.

Mangsa dibawa keluar dari laut dalam keadaan tidak sedar ketika dikejarkan ke Hospital Besar Changi (CGH) di mana dia kemudian disahkan meninggal dunia, menurut pihak berkuasa.

Siasatan awal tidak menunjukkan perbuatan khianat, menurut polis, sambil menambah bahawa siasatan sedang dijalankan.

Pada Mac, para penyelamat SCDF menemui mayat lelaki berusia 62 tahun di perairan dekat Taman East Coast. Dia disyaki mati lemas dan pasukan paramedik mengesahkan kematiannya di tempat kejadian.  

Sumber : CNA/SM/sm

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa