Lelaki 46 tahun disyaki pecah masuk kedai akuarium Clementi diberkas
Seorang lelaki berusia 46 tahun yang disyaki memecah masuk dan mencuri dari sebuah kedai akuarium di Clementi diberkas, menurut polis dalam kenyataan medianya.
(Gambar: Google Map)
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 46 tahun yang disyaki memecah masuk dan mencuri dari sebuah kedai akuarium di Clementi diberkas, menurut polis dalam kenyataan medianya.
Pihak berkuasa menyatakan ia menerima aduan tentang pecah masuk kedai di Clementi Avenue 2 pada awal Sabtu (2 Feb), sekitar 11.20 pagi. Bermacam-macam ikan bernilai lebih S$1,900 serta wang tunai S$80 didapati dicuri.
Para Pegawai dari Divisyen Polis Clementi memberkas suspek pada petang semalam (3 Feb) di West Coast Road, selepas mengenal pasti identitinya menerusi siasatan dan rakaman kamera polis.
"Siasatan terhadap suspek sedang dijalankan," menurut SPF.
Mereka yang didapati bersalah memecah masuk hartanah dan mencuri pada waktu malam boleh dijatuhi hukuman penjara 14 tahun dan didenda.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.