Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki 45 tahun akan didakwa; serang pengawal keselamatan kondominium Bukit Batok

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 45 tahun akan didakwa; serang pengawal keselamatan kondominium Bukit Batok

(Gambar: Union of Security Employees/Facebook)

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 45 tahun akan didakwa di mahkamah pada Jumaat (17 Feb) kerana sengaja mencederakan seorang pengawal keselamatan.

Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam kenyataan medianya pada Rabu (15 Feb) menyatakan, pihaknya dimaklumkan mengenai kes serangan di sebuah kondominium di Bukit Batok Street 41 pada 29 Ogos 2022 sekitar pukul 12.45 tengah malam.

Kesatuan Pekerja Keselamatan (USE) dalam satu hantaran ke Facebook pada 30 Ogos 2022 menyatakan, pihaknya dimaklumkan mengenai kes penderaan terhadap seorang pengawal keselamatan.

Menurut hantaran tersebut, Encik Afinde sedang melakukan rondaan semasa beliau memasuki lif dan bertemu dengan penyerang itu.

Tambah kesatuan itu, tertuduh melemparkan kata-kata kesat terhadap pengawal keselamatan itu semasa menderanya.

Insiden tersebut dirakam oleh televisyen litar tertutup (CCTV) dan Encik Afinde membuat aduan polis dengan bantuan pihak pengurusan.

Pengawal keselamatan itu diberikan "beberapa hadiah dan baucar" daripada wakil kesatuan berkenaan yang menziarahinya menyusuli insiden tersebut.

"Para pengawal kami menjalankan tugas-tugas penting yang diggariskan di bawah undang-undang," tekan USE ketika itu.

"Kami memohon sokongan masyarakat awam untuk membantu memastikan persekitaran yang selamat bagi mereka yang bertugas."

Jika didapati bersalah kerana menyebabkan kecederaan dengan sengaja ke atas seorang pengawal keselamatan di bawah Seksyen 17B (1) Akta Industri Keselamatan Privet 2007, lelaki itu boleh dikenakan denda S$10,000, hukuman penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali.

SPF menyatakan, ia memandang serius terhadap perbuatan ganas ke atas pekerja keselamatan yang sedang melaksanakan tugas mereka, sambil menambah "pelaku akan ditangani dengan tegas mengikut undang-undang".
Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan