Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki 43 tahun ditangkap disyaki membunuh di Punggol

Seorang suspek berusia 43 tahun diberkas kerana disyaki terbabit dalam pembunuhan seorang lelaki di Sumang Walk di Punggol, menurut polis pada Rabu (14 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 43 tahun ditangkap disyaki membunuh di Punggol

Kereta polis di Blok 326A Sumang Walk pada 14 Julai 2021. (Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 14 Jul 2021 10:12PM Dikemas Kini : 14 Jul 2021 10:13PM

SINGAPURA: Seorang suspek berusia 43 tahun diberkas kerana disyaki terbabit dalam pembunuhan seorang lelaki di Sumang Walk di Punggol, menurut polis pada Rabu (14 Jul).

Dalam satu kenyataan media, polis menyatakan mereka dimaklumkan tentang satu kes tikam di sebuah unit kediaman pada sekitar pukul 3.00 petang tadi.

Apabila polis tiba di tempat kejadian, mereka menemui seorang lelaki dengan beberapa kesan tikaman dan terbaring tidak bergerak di luar unit itu.

"Lelaki berusia 46 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," menurut polis sambil menambah bahawa siasatan awal menunjukkan kedua-dua lelaki itu saling mengenali satu sama lain.

Apabila Mediacorp tiba di tempat kejadian pada kira-kira pukul 7.40 malam, terdapat beberapa kereta polis di blok itu dan tingkat enam dihadang.

Lelaki berusia 43 tahun itu akan didakwa di mahkamah pada Jumaat (16 Jul) kerana membunuh.

Jika didapati bersalah, dia boleh dikenakan hukuman mati. Polis menyatakan siasatan masih dijalankan.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan