Skip to main content

Singapura

Lelaki, 42 tahun, ditahan atas berkelakuan tidak senonoh di upacara persemadian di Boon Lay

Seorang lelaki 42 tahun ditahan atas dakwaan berkelakuan tidak senonoh di satu upacara persemadian di Boon Lay, menurut polis pada Selasa (15 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki, 42 tahun, ditahan atas berkelakuan tidak senonoh di upacara persemadian di Boon Lay

Petikan-petikan skrin video yang tersebar di media sosial.

Diterbitkan : 15 Jun 2021 02:56PM Dikemas Kini : 15 Jun 2021 02:59PM

SINGAPURA: Seorang lelaki 42 tahun ditahan atas dakwaan berkelakuan tidak senonoh di satu upacara persemadian di Boon Lay, menurut polis pada Selasa (15 Jun).

Pada Isnin (14 Jun), polis menyatakan 14 lelaki ditahan selepas disyaki menganggotai kumpulan haram selepas insiden kehadiran ramai orang di satu upacara persemadian yang diadakan pada Ahad (13 Jun) di Blok 191 Boon Lay Drive.

Kesemua 15 suspek, termasuk suspek 42 tahun itu, ditahan pada Ahad, menurut polis sambil menambah bahawa ia maklum tentang video-video upacara persemadian itu yang tersebar online.

Video-video yang disaksikan Mediacorp itu menunjukkan orang ramai berkerumun mengiringi sebuah keranda semasa ia diusung. Video-video itu juga menunjukkan orang ramai berkumpul di tempat letak kereta di mana kenderaan jenazah itu diletakkan.

Mediacorp sudahpun menghubungi Majlis Bandaran West Coast untuk maklumat lanjut.

Pada Selasa, polis menyatakan 14 suspek yang ditahan berusia antara 17 hingga 40 tahun.

"Siasatan awal mendedahkan bahawa dua orang yang dipercayai menganggotai kumpulan kongsi gelap didakwa memakai baju dengan lambang kumpulan kongsi gelap mereka," tambah polis.

Mereka yang disabit kesalahan menganggotai atau menyamar sebagai anggota kumpulan haram boleh didenda sehingga S$5,000 atau dihukum penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.

Polis juga menyatakan ia sedang menyiasat kemungkinan berlakunya pelanggaran langkah-langkah penjarakan selamat COVID-19 sewaktu upacara persemadian itu.

Mereka yang didapati bersalah melanggar peraturan sekatan COVID-19 boleh didenda sehingga S$10,000 bagi kesalahan pertama, dipenjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita