Skip to main content

Singapura

Lelaki 42 tahun dijel 3 bulan; cuba langgan khidmat seks budak bawah umur

Seorang lelaki berusia 42 tahun dijatuhi hukuman penjara tiga bulan atas percubaan membayar seorang remaja 16 tahun untuk mengadakan hubungan seks dengannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 42 tahun dijel 3 bulan; cuba langgan khidmat seks budak bawah umur
Diterbitkan : 11 Apr 2019 10:57AM Dikemas Kini : 11 Apr 2019 10:59AM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 42 tahun dijatuhi hukuman penjara tiga bulan atas percubaan membayar seorang remaja 16 tahun untuk mengadakan hubungan seks dengannya.

Rakyat Singapura, Andy Kow Yong Wen, meminta untuk dibicarakan atas satu tuduhan cuba membayar seorang budak bawah umur bagi khidmat seks.

Hakim bagaimanapun mendapati lelaki itu bersalah.

Mahkamah diberitahu bahawa mangsa mengiklankan khidmat seks menerusi wadah online Locanto antara Julai dengan Ogos 2017.

Dalam catatannya, remaja itu berkata dia akan menawarkan beberapa jenis khidmat seks tetapi tidak akan melakukan hubungan kelamin.

Pada Ogos 2017, Kow mengirimkan pesanan kepada remaja tersebut dengan menyatakan dia sanggup menjadi pelanggan utama gadis itu.

Kow kemudian bertanya sama ada remaja itu mahu melakukan seks dengannya dengan bayaran S$500.

Kow diberkas selepas ibu remaja tersebut membuat aduan polis setelah membaca mesej-mesej di telefon bimbit anaknya.

Sumber : CNA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita