Lelaki 42 tahun didakwa bunuh wanita di Hougang
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA/Wallace Woon)
SINGAPURA: Seorang lelaki 42 tahun didakwa pada Khamis (12 Dis) atas pembunuhan seorang wanita berusia 34 tahun di Blok 210, Hougang Street 21.
Du Zaixing, seorang warga China, dituduh menyebabkan kematian Cik Dao Thi Hong di sebuah unit komersil di tingkat bawah pada Selasa (10 Dis), kira-kira pukul 11.05 pagi.
Kertas tuduhan tidak menjelaskan bagaimana Cik Dao meninggal dunia.
Kesalahan membunuh membawa
hukuman mati.
Du tiba di mahkamah melalui persidangan video dari tempat dia direman, memakai kemeja-t gelap. Dia mengikuti proseding dengan bantuan penterjemah bahasa Mandarin.
Du akan direman selama seminggu dengan kebenaran supaya dia dapat dibenarkan keluar bagi siasatan. Pendakwa polis berkata kehadiran fizikal Du diperlukan bagi lawatan ke tempat kejadian dan mencari bukti.
Mahkamah memberi kelulusan permohonan tersebut dan perbicaraan kes selanjutnya dijadualkan pada 19 Disember.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.