Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki 42 tahun diberkas; lebih 8kg dadah bernilai S$343,000 dirampas

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 42 tahun diberkas dan lebih 8 kilogram (kg) dadah bernilai S$343,000 dirampas dalam operasi selama dua hari yang dijalankan pada Selasa (6 Sep) dan Rabu (7 Sep).

Operasi tersebut berjaya merampas sekitar 659 gram (g) Ice, 5 kg ganja, 442g ketamin, 252g pil Ecstasy ,145 pil Erimin-5, 17 botol cecair yang dipercayai mengandungi 1.2 kg GHB (gamma-hydroxybutyrate) dan 535g uncang campuran minuman yang dipercayai mengandungi dadah terkawal.

Para pegawai Biro Narkotik Pusat (CNB) memberkas suspek di kawasan Geylang Road.

Sekitar 134g Ice, 1.7 kg ganja, 77g ketamin, 54g pil Ecstasy dan 50g pil Erimin-5 turut ditemui.
 
Beberapa paket ganja yang dirampas dalam operasi CNB pada 6 Sep 2022. (Gambar: Biro Narkotik Pusat)
Beberapa pil Ecstasy dirampas dari kediaman berdekatan Geylang Road dalam operasi CNB pada 6 Sep 2022. (Gambar: Central Narcotics Bureau)

Suspek kemudian dibawa ke tempat persembunyiannya di kawasan yang sama.

Dalam pada itu, sekitar 525g Ice, 3.4kg ganja, 365g ketamin, 198g pil Ecstasy, 95 pil Erimin-5, 17 botol cecair yang mengandungi 1.2kg GHB dan 136g uncang campuran minuman yang dipercayai adalah dadah terkawal turut dirampas dari kediaman tersebut.

Pada pagi Rabu (7 Sep), lelaki tersebut turut dibawa ke sebuah stor yang dipercayai digunakan untuk menyorok dadah di bangunan perindustrian yang terletak di Eunos Avenue 3.

Baki 399g uncang dirampas dari salah satu unit penyimpanan di bangunan tersebut.

Beberapa uncang campuran minuman yang dipercayai adalah dadah terkawal turut dirampas dalam operasi CNB pada 7 Sep 2022. (Gambar: Biro Narkotik Pusat)
Menurut CNB, jumlah keseluruhan Ice yang dirampas boleh melepaskan ketagihan seramai 380 penyalah guna dadah selama seminggu sementara jumlah keseluruhan ganja yang disita boleh menampung ketagihan sekitar 720 penyalah guna dadah selama seminggu.

"CNB akan terus mengambil tindakan tegas terhadap sindiket dadah dan pengedar yang cuba membawa kemudaratan kepada masyarakat kita dan mengambil keuntungan daripada kesengsaraan keluarga dan orang tersayang penyalah guna dadah," kata Superintendan Stanley Seah, Timbalan Pengarah Bahagian Perisikan CNB.

Sesiapa yang didapati bersalah kerana mengedar lebih 250g methamphetamine atau 500g ganja boleh dikenakan hukuman mati.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan