Lelaki 40 tahun dibawa ke hospital setelah pergaduhan di Boat Quay
Seorang lelaki berusia 40 tahun, dibawa ke hospital setelah terlibat dalam satu pergaduhan pada pagi Jumaat (17 Jan).
Seorang lelaki berusia 40 tahun, dibawa ke hospital setelah terlibat dalam satu pergaduhan.
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 40 tahun, dibawa ke hospital setelah terlibat dalam satu pergaduhan pada pagi Jumaat (17 Jan).
Menurut polis, ia dimaklumkan mengenai satu pergaduhan di 58 South Bridge Road pada sekitar pukul 5.20 pagi.
"Seorang lelaki berusia 40 tahun dihantar ke Hospital Besar Singapura," tambah pihak polis.
Seorang saksi memberitahu Mediacorp bahawa beberapa orang terlibat dalam pergaduhan yang bermula di sebuah kelab berdekatan.
Apabila CNA mengunjungi kawasan itu pada Jumaat waktu tengah hari, kesan darah sudah pun dibersihkan dan kawasan itu tidak lagi dikepung.
Seorang pereka, yang hanya ingin dikenali sebagai Eric, berkata bahawa beliau datang ke kerja pada sekitar pukul 9.00 pagi dan menyaksikan pihak polis membersihkan kesan darah.
Seorang pekerja di Clover Hotel, yang terletak bertentangan kawasan jenayah itu, mendedahkan bahawa pihak polis meminta untuk melihat rakaman CCTV dari hotel itu.
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan bahawa pihaknya menerima panggilan bantuan pada sekitar pukul 5.30 pagi di South Bridge Road dan mengesahkan bahawa seorang sudah dihantar ke Hospital Besar Singapura.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.