Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki 39 tahun ditangkap; pandu dalam keadaan mabuk susuli nahas di Nicoll Highway

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 39 tahun ditangkap kerana memandu dalam keadaan mabuk menyusuli kemalangan di Nicoll Highway yang melibatkan sebuah kereta dan tiga pengayuh basikal, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Khamis (9 Jun).

Pihak polis dimaklumkan mengenai kemalangan di Nicoll Highway menghala ke Guillemard Road pada 4 Jun sekitar pukul 2.05 pagi. 

Mereka yang cedera dibawa ke Hospital Tan Tock Seng, menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

Tiga pengayuh basikal - dua lelaki berumur 47 dan 48 tahun serta seorang wanita berumur 47 tahun berada dalam keadaan sedar pada ketika itu, menurut pihak polis. 

SPF menambah bahawa lelaki 39 tahun itu, yang merupakan pemandu kereta tersebut, ditangkap kerana memandu dalam keadaan mabuk. 

Siasatan masih dijalankan. 

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan