Skip to main content

Singapura

Lelaki 39 tahun diberkas; lebih 1,500 karton rokok tidak dibayar cukai dirampas

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 39 tahun  diberkas; lebih 1,500 karton rokok tidak dibayar cukai dirampas

Gambar fail rokok. (Gambar: Joel Saget/AFP)

Diterbitkan : 15 Dec 2021 08:50PM Dikemas Kini : 15 Dec 2021 08:51PM


SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 39 tahun ditahan pada 8 Disember selepas lebih 1,500 karton rokok tidak dibayar cukai dirampas dari enam unit penghawa dingin dalam lori yang dipandunya.

Demikian menurut Kastam Singapura dalam kenyataannya pada Rabu (15 Dis).

Jumlah cukai dan GST yang tidak dibayar bagi 1,513 karton dan sembilan paket rokok itu masing-masing bernilai S$129,280 dan S$10,370.

Pegawai Kastam yang telah memantau pergerakan lelaki itu, yang merupakan warganegara China, melihatnya mengutip barang dari sebuah gudang sebelum memasukkannya ke dalam lori berdaftar Singapura di sekitar Gambas Crescent.

Ketika melakukan pemeriksaan, mereka menemui 1,512 karton rokok yang tidak dibayar cukai disembunyikan di dalam enam unit penghawa dingin.

Para pengawai kemudian menemui satu lagi karton dan sembilan paket rokok tidak dibayar cukar semasa memeriksa rumah lelaki itu, kata Kastam Singapura.

Siasatan mendapati rokok tersebut diimport dari China.

Membeli, menjual, menghantar, menyimpan,memiliki atau berurus niaga dengan barang yang tidak dibayar cukai adalah kesalahan serius di bawah Akta Kastam dan Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Pesalah boleh didenda sehingga 40 kali ganda jumlah cukai dan GST yang dielakkan, penjara sehingga enam tahun, atau kedua-duanya sekali. Kenderaan yang digunakan dalam kesalahan itu akan dirampas pihak berkuasa.

Prosiding Mahkamah terhadap lelaki itu sedang dijalankan, kata Kastam Singapura.

Sumber : Today/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita