Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki 38 tahun didakwa; serang wanita keturunan Asia di New York

Seorang lelaki didakwa di New York kerana menyerang seorang wanita keturunan Asia dekat kawasan terkenal, Times Square pada Isnin lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 38 tahun didakwa; serang wanita keturunan Asia di New York

(Gambar hiasan: AFP/Getty Images/Joe Raedle)

Diterbitkan : 01 Apr 2021 06:19PM Dikemas Kini : 01 Apr 2021 06:30PM

NEW YORK: Seorang lelaki didakwa di New York kerana menyerang seorang wanita keturunan Asia dekat kawasan terkenal, Times Square pada Isnin lalu.

Brandon Elliot, 38 tahun, dituduh melakukan jenayah kebencian.

Sekiranya didapati bersalah dia boleh dipenjara sehingga 25 tahun.

Sebelum itu kami mahu memberitahu anda, gambar kejadian tersebut berikut ini, mungkin mengerikan bagi sesetengah penonton.

Elliot didakwa menumbuk, menendang dan memijak kepala wanita berusia 65 tahun sambil mengeluarkan kata-kata anti orang Asia

Dua pengawal keselamatan dan beberapa orang lain melihat kejadian ini tetapi tidak menolong wanita itu.

Pihak berkuasa menyatakan Elliot mempunyai beberapa rekod jenayah termasuk menikam ibunya hingga mati dalam tahun 2002.

Namun dia dibebaskan dari penjara dua tahun lalu tetapi dikenakan parol seumur hidup. 

Sumber : Agensi berita/MU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan