Skip to main content

Singapura

Lelaki 35 tahun dipenjara 19 bulan dan denda lebih S$355,000 dolar, tipu pasaran sekuriti lebih 400 kali

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang pemandu Grab, Kenneth Goh Jia Poh, 35 tahun dijatuhi hukuman penjara 19 bulan dan denda S$355,604 pada Isnin (19 Dis).

Dia didakwa kerana melakukan penipuan lebih daripada 400 kali.

Goh mengaku bersalah pada November atas empat pertuduhan di bawah Akta Sekuriti dan Niaga Masa Hadapan (SFA).

Antara Januari 2016 dengan September 2018, Goh berulang kali memasukkan dan memadamkan pesanan membeli bagi berbilang sekuriti. Ini kerana dia langsung tiada niat untuk melakukan pembelian tersebut.

Tindakan Goh itu mendorong peserta lain pasaran untuk melakukan perdagangan pada harga yang menguntungkan dirinya.

Dia memperoleh keuntungan kira-kira S$365,000 daripada tindakannya yang memperdayakan peserta lain.

Goh mengaku bersalah atas satu tuduhan melahirkan penampilan palsu pada 325 kejadian, dua tuduhan menipu UOB Kay Hian Pte Ltd dan OCBC Securities Pte Ltd.

Satu lagi tuduhan kerana membuat kenyataan palsu untuk mempengaruhi orang lain untuk melakukan perdagangan bagi menguntungkan dirinya.

Sekiranya Goh gagal membayar denda itu, dia perlu menjalani hukuman penjara lagi 18 bulan dan dua minggu.

Goh dibenarkan menangguhkan hukumannya ke Januari, dan membayar dendanya secara ansuran menjelang Februari 2024.
Sumber : BERITA Mediacorp/ZM/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita