Skip to main content

Singapura

Lelaki 35 tahun diberkas; guna bom botol bakar halaman rumah mangsa

Seorang lelaki berusia 35 tahun ditangkap kerana menggunakan bom botol untuk mencetuskan kebakaran di halaman sebuah kediaman berhampiran East Coast Road.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 35 tahun diberkas; guna bom botol bakar halaman rumah mangsa

Gambar fail sebuah koktel molotov. (Gambar: kundl/Wikimedia commons)

Diterbitkan : 16 May 2020 09:28AM Dikemas Kini : 16 May 2020 09:29AM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 35 tahun ditangkap kerana menggunakan bom botol untuk mencetuskan kebakaran di halaman sebuah kediaman berhampiran East Coast Road.

Pihak berkuasa menyatakan dalam satu kenyataan media pada Jumaat (15 Mei) bahawa ia dimaklumkan tentang insiden yang berlaku di Lorong M Telok Kurau itu sekitar 10.30 malam pada Selasa lalu.

Identiti lelaki itu berjaya dikenal pasti menerusi siasatan susulan oleh para pegawai dari Divisyen Polis Bedok.

"Siasatan mendedahkan lelaki berkenaan dan para penghuni rumah itu saling mengenali satu sama lain," menurut polis.

Lelaki itu diberkas pada Jumaat dan akan didakwa di mahkamah pada Sabtu dengan perbuatan nakal yang menyebabkan kebakaran.

"Polis juga sedang menyiasat kemungkinan berlaku kesalahan melanggar langkah jarak selamat oleh lelaki itu."

"Polis tidak akan bertolak ansur terhadap tindakan berbahaya dan pelanggaran undang-undang secara terang-terangan. Kami tidak akan berlengah untuk menangkap pesalah dan menangani mereka dengan setegas-tegasnya menurut undang-undang."

Jika sabit kesalahan, lelaki itu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan didenda.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita