Lelaki, 35 tahun, akan didakwa berhubung nahas langgar lari di Tampines
Seorang lelaki berusia 35 tahun akan didakwa pada Jumaat (28 Nov) berhubung satu kemalangan langgar lari yang mengorbankan seorang penunggang basikal berkuasa elektrik (PAB) warga emas.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 35 tahun akan didakwa pada Jumaat (28 Nov) berhubung satu kemalangan langgar lari yang mengorbankan seorang penunggang basikal berkuasa elektrik (PAB) warga emas.
Polis dimaklumkan pada pukul 2.30 petang pada Isnin mengenai satu kemalangan melibatkan sebuah kereta dan sebuah PAB di persimpangan Tampines Avenue 7 dan Tampines Street 42.
Penunggang berusia 67 tahun itu tidak sedarkan diri ketika dibawa ke hospital, di mana beliau meninggal dunia.
“Siasatan awal mendapati pemandu kereta lelaki berusia 35 tahun itu gagal memberikan bantuan kepada penunggang PAB tersebut dan didakwa melarikan diri dari tempat kejadian sejurus selepas kemalangan, meninggalkan kenderaannya,” menurut polis dalam satu kenyataan media pada Jumaat.
Pemandu itu juga didakwa gagal melaporkan kemalangan tersebut kepada polis dalam tempoh 24 jam, dan didapati memandu tanpa lesen memandu yang sah.
Pegawai polis trafik mengenal pasti identiti pemandu berkenaan dan memberkasnya pada Rabu.
Lelaki itu akan didakwa di mahkamah atas lapan kesalahan: Memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian, memandu tanpa lesen yang sah, gagal berhenti selepas kemalangan, gagal melaporkan kemalangan, gagal memberikan bantuan, meninggalkan kenderaan dalam keadaan yang menimbulkan kesulitan yang tidak wajar, menggunakan kenderaan tanpa perlindungan insurans dan mengambil kenderaan bermotor tanpa kebenaran daripada pemilik.
Kesalahan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian membawa hukuman penjara sehingga lapan tahun dan hilang kelayakan memandu bagi semua kelas kenderaan.
Bagi kesalahan memandu tanpa lesen yang sah, seseorang boleh didenda sehingga S$10,000, dipenjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.
Kesalahan gagal untuk berhenti selepas kemalangan dan gagal melaporkan kemalangan masing-masing membawa denda sehingga S$1,000, hukuman penjara sehingga tiga bulan, atau kedua-duanya sekali.
Bagi kesalahan gagal memberikan bantuan selepas menyebabkan kematian seseorang, pesalah boleh didenda sehingga S$3,000, dipenjara sehingga 12 bulan, atau kedua-duanya sekali. Pesalah juga boleh hilang kelayakan memandu bagi semua kelas kenderaan selama sekurang-kurangnya 12 bulan.
“Mereka yang terlibat dalam kemalangan jalan raya diwajibkan berhenti dan memberikan bantuan, seperti menghubungi ambulans bagi memastikan mangsa mendapat rawatan perubatan dengan segera,” menurut polis.
“Meninggalkan lokasi kemalangan tanpa memberikan bantuan adalah satu kesalahan jenayah. Polis trafik tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pemandu yang melanggar undang-undang lalu lintas dan membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain.”

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.