Skip to main content

Singapura

Lelaki 34 tahun mengaku curi motosikal; buang najis ke arah pegawai Aetos

 Ketika ditahan dalam lokap polis tahun lalu atas kesalahan-kesalahan berkaitan rompakan, Sulaiman Abdul Majid Maricar membaling cawan yang mengandungi najisnya sendiri ke arah seorang pegawai keselamatan Aetos.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 34 tahun mengaku curi motosikal; buang najis ke arah pegawai Aetos

Petikan gambar Google Maps.

Diterbitkan : 29 May 2021 02:32PM Dikemas Kini : 29 May 2021 02:38PM

SINGAPURA: Ketika ditahan dalam lokap polis tahun lalu atas kesalahan-kesalahan berkaitan rompakan, Sulaiman Abdul Majid Maricar membaling cawan yang mengandungi najisnya sendiri ke arah seorang pegawai keselamatan Aetos yang menghampiri lokapnya untuk mengambil semula paket makanan tengah hari yang diberikan kepadanya sebelum itu.

Pada Jumaat (28 Mei), Sulaiman, 34 tahun, mengaku bersalah di mahkamah daerah kerana menggunakan kekerasan jenayah terhadap pegawai Aetos itu, di samping lima tuduhan lain bagi kesalahan-kesalahan, termasuk mencuri dari lori dan mesin daftar tunai pusat makanan dan mencuri sebuah motosikal.

Sulaiman, yang ditahan reman sejak 24 Okt tahun lalu, akan dijatuhi hukuman pada 16 Jun.

2 LELAKI DAN 1 CAWAN

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Benedict Teong memberitahu mahkamah bahawa insiden antara Sulaiman dengan pegawai Aetos Lim Wu Hong berlaku di lokap ibu pejabat divisyen polis Woodlands pada 14 Okt lalu.

Sulaiman diberkas sehari sebelumnya kerana mencuri dari sebuah kenderaan.

Dia diberikan makan tengah hari yang turut merangkumi cawan kertas yang kemudiannya dia buang air besar di dalam cawan tersebut.

Apabila Encik Lim, yang ketika itu berusia 24 tahun, tiba di lokap Sulaiman untuk mengambil semula paket makanan dan cawannya, Sulaiman membaling cawan yang mengandungi najisnya ke arah pegawai tersebut.

Pegawai itu kemudian melaporkan kejadian tersebut kepada pegawai atasannya sebelum membersihkan diri.

Sulaiman dibebaskan dengan ikat jamin pada keesokan harinya.

Mahkamah diberitahu bahawa Sulaiman juga terlibat dalam beberapa kes kecurian lain, dengan salah satu daripadanya dilakukan kurang seminggu setelah dia dibebaskan dari lokap Woodlands.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita