Lelaki 34 tahun maut nahas di Bedok

(Gambar: Zura Rahim/Facebook)
SINGAPURA: Seorang lelaki meninggal dunia nahas kereta di Bedok pada pagi Khamis (12 Jan).
Polis menyatakan pihaknya dimaklumkan mengenai kemalangan yang berlaku di Bedok Reservoir Road menghala ke Kaki Bukit sebelum Jalan Damai, sekitar pukul 6.30 pagi.
Beberapa gambar dan video yang dimuat naik ke media sosial menunjukkan sebuah kereta Mini biru dekat sebatang pokok yang dilanggar.
Kerosakan teruk boleh dilihat di bahagian depan kereta itu.
Lelaki yang merupakan pemandu kereta tersebut, kemudian ditemui di bawah sebuah blok flat berdekatan, menurut SPF.
Beliau dibawa ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri dan kemudiannya meninggal dunia.
"Berdasarkan siasatan awal, polis tidak mensyaki sebarang perbuatan khianat," menurut polis.
Siasatan sedang dijalankan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.