Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki 33 tahun akan didakwa cederakan 2 orang dengan pisau cukur;1 mangsa dibawa ke hospital

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 33 tahun diberkas di Queenstown pada Isnin (14 Mac) kerana dipercayai mencederakan dua orang menggunakan pisau cukur, dengan salah seorang daripada mereka berdua dibawa ke hospital. Lelaki tersebut akan didakwa di mahkamah atas tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya.

Pihak polis menerima beberapa panggilan pada sekitar 6.20 petang pada Isnin (15 Mac) mengenai seorang lelaki yang mencederakan orang awam menggunakan pisau cukur di Blok 59 Strathmore Avenue.

"Siasatan awal mendapati lelaki itu yang berada di kawasan berkenaan mendakwa dia terdengar suara dalam kepalanya yang menyuruhnya menyerang orang lain," menurut polis.

Dalam kenyataannya pada awal malam semalam, pihak polis menyatakan bahawa para pegawai yang memberikan respons kepada panggilan tersebut sudah memberkas lelaki berkenaan di tempat kejadian kerana sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya dan ugutan jenayah.

Pisau cukur berkenaan sudahpun dirampas dan siasatan sedang dijalankan.

"Lelaki itu mempunyai rekod lampau dengan Institut Kesihatan Mental (IMH). Dia juga didapati menggunakan sejenis dadah terkawal," menurut polis.

Menurut polis, mangsa berusia 38 tahun itu mengalami luka dan berada dalam keadaan sedar ketika dibawa ke hospital manakala mangsa kedua, seorang wanita berumur 49 tahun, mengalami cedera ringan dan enggan dibawa ke hospital.

Kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan dengan menggunakan senjata berbahaya membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda, sebatan rotan atau gabungan hukuman tersebut.

Sumber : Today/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan