Skip to main content

Singapura

Lelaki 32 tahun bakal hadapi tuduhan membunuh susuli insiden di Telok Blangah Height

Seorang lelaki berusia 32 tahun akan didakwa atas tuduhan membunuh pada Rabu (7 Okt), menurut polis pada Isnin.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 32 tahun bakal hadapi tuduhan membunuh susuli insiden di Telok Blangah Height

Polis menyatakan pihaknya menerima panggilan meminta bantuan di sekitar Blok 61 Telok Blangah Heights pada kira-kira pukul 6.00 petang dan tiba di tempat kejadian dalam tempoh 10 minit. (Gambar: Petikan skrin Google Maps)

Diterbitkan : 05 Oct 2026 11:42PM
32-year-old man to face murder charge following incident in Telok Blangah Heights
  • A 32-year-old man will be charged on Wednesday, Oct 7 with murder under Section 302(1) of the Penal Code.
  • Police received a call for assistance at about 6pm on Monday at Block 61 Telok Blangah Heights and arrived within 10 minutes.
  • At the scene, police found a 73-year-old man, who later died in hospital, as well as a 53-year-old man who was injured but conscious.
  • The suspect surrendered by calling the police and was arrested nearby; police believe he acted alone, with no evidence of a religious or terrorism-related motive.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 32 tahun akan didakwa atas tuduhan membunuh pada Rabu (7 Okt), menurut polis pada Isnin.

Polis menerima panggilan meminta bantuan di sekitar Blok 61 Telok Blangah Heights pada kira-kira 6.00 petang Isnin.

Polis tiba di tempat kejadian dalam tempoh 10 minit.

Setibanya di lokasi, para pegawai menemui seorang lelaki berusia 73 tahun yang terbujur kaku dan seorang lelaki berusia 53 tahun yang mengalami kecederaan di tingkat bawah blok tersebut.

Kedua-dua lelaki dibawa ke hospital, di mana lelaki berusia 73 tahun itu kemudiannya meninggal dunia. Lelaki berusia 53 tahun tersebut pula berada dalam keadaan sedar ketika dibawa ke hospital.

Lelaki berusia 32 tahun itu kemudian menghubungi polis untuk menyerah diri dan diberkas di kawasan berhampiran.

Menurut polis, lelaki tersebut dipercayai bertindak bersendirian dan setakat ini tiada bukti yang menunjukkan bahawa serangan tersebut bermotifkan agama atau merupakan satu tindakan pengganasan.

Dia akan didakwa atas tuduhan membunuh di bawah Seksyen 302(1) Kanun Keseksaan. Kesalahan membunuh membawa hukuman mati.

Siasatan polis sedang dijalankan.
Sumber : CNA/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita