Skip to main content

Singapura

Lelaki 31 tahun didakwa kerana dipercayai edar pod vape etomidate ditemui dalam keretanya

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 31 tahun didakwa kerana dipercayai edar pod vape etomidate ditemui dalam keretanya

Pegawai HSA merampas dua vape dan 30 pod vape dari kenderaan suspek. (Gambar: Penguasa Sains Kesihatan (HSA))

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 31 tahun didakwa di mahkamah pada Rabu (22 Okt) kerana didakwa mengedar pod vape mengandungi etomidate.

Chua Beng Kai Jeremy didakwa oleh Penguasa Sains Kesihatan (HSA).

Dia kelihatan bingung apabila dihampiri pegawai Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Selasa (21 Okt), menurut HSA dalam satu kenyataan media pada Rabu.

Pegawai polis pada awalnya menjawab panggilan meminta bantuan dan mendapati kereta Chua tidak bergerak dan dalam arah bertentangan dengan aliran trafik di Punggol Central.

"Setelah memeriksa kenderaan tersebut, polis menemui beberapa vape dan memaklumkan perkara itu kepada HSA," menurut kenyataan media itu.

"Para pegawai HSA kemudian merampas dua vape dan 30 pod vape daripada kenderaan itu," ia menambah.

Ujian mahkamah mengesahkan pod yang dirampas itu mengandungi etomidate.
 
Pegawai HSA merampas dua vape dan 30 pod vape daripada kenderaan suspek. (Gambar: HSA)
Pegawai HSA merampas dua vape dan 30 pod vape daripada kenderaan suspek. (Gambar: HSA)
Siasatan masih dijalankan dan kes ditangguhkan ke 19 November.

HSA menyatakan ia memandang serius kesalahan mengedar vape dan etomidate.

Para pengimport, penjual dan pengedar vape etomidate kini berdepan hukuman lebih berat di bawah rangka kerja penguatkuasaan yang dipertingkat yang berkuat kuasa pada 1 September.

Ini termasuk hukuman penjara selama tiga hingga 20 tahun dan lima hingga 15 kali sebatan bagi pengimport dan hukuman penjara selama dua hingga 10 tahun serta dua hingga lima kali sebatan bagi penjual dan pengedar.
Sumber : CNA/HA/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita