Lelaki 31 tahun akan didakwa bunuh isteri di Ang Mo Kio
Seorang lelaki berusia 33 tahun akan didakwa di mahkamah pada Rabu (12 Jan) atas tuduhan membunuh isterinya di Ang Mo Kio.

Gambar fail: Jeremy Long
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 33 tahun akan didakwa di mahkamah pada Rabu (12 Jan) atas tuduhan membunuh isterinya di Ang Mo Kio.
Dalam satu kenyataan media pada Selasa (11 Jan), polis menyatakan pihaknya memberkas lelaki itu kerana disyaki terbabit dengan pembunuhan seorang wanita berusia 30 tahun.
Polis menyatakan pihaknya dimaklumkan kepada kes tikaman di sebuah unit perumahan di Ang Mo Kio Street 23 sekitar pukul 7.35 pagi hari itu.
Apabila mereka tiba di tempat kejadian, para pegawai menemui wanita itu terbujur dalam keadaan tidak sedarkan diri di unit kediaman tersebut, di mana beliau disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Lelaki itu pula cedera dan dibawa ke hospital.
"Siasatan awal mendedahkan bahawa lelaki dan wanita itu merupakan suami isteri," menurut polis.
Jika sabit kesalahan melakukan pembunuhan, lelaki itu boleh dikenakan hukuman mati.
Siasatan polis masih dijalankan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.