Skip to main content

Singapura

Lelaki 30 tahun didakwa kelar pegawai Certis Cisco

Seorang lelaki didakwa pada Rabu (11 Nov) kerana menggunakan sebilah sabit untuk mengelar seorang pegawai penguat kuasa di Sembawang, dua hari sebelum itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 30 tahun didakwa kelar pegawai Certis Cisco

Sabit yang dipercayai digunakan. (Gambar: SPF)

SINGAPURA: Seorang lelaki didakwa pada Rabu (11 Nov) kerana menggunakan sebilah sabit untuk mengelar seorang pegawai penguat kuasa di Sembawang, dua hari sebelum itu.

Vikneswaran Sivan, 30 tahun, dikenakan satu tuduhan atas kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya.

Dia dituduh mengelar betis mangsa. Kejadian itu dipercayai berlaku pada pukul 7.40 malam di Blok 503C Canberra Link pada 9 Nov.

Dalam kenyataan awalnya, polis menyatakan bahawa mangsa, seorang pegawai Certis Cisco yang bertugas bersama Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) sedang melakukan tugas penguatkuasaan bersama seorang rakan kerja pada petang itu.

Mereka dipercayai diserang oleh Vikneswaran, yang menggunakan sabit untuk mengelar mangsa sebelum melarikan diri dari tempat kejadian.

Kedua-dua pegawai itu dibawa ke hospital dan Vikneswaran berjaya dikenal pasti dan ditangkap dalam masa tujuh jam.

Sebilah sabit berlumuran darah yang dipercayai adalah senjata yang digunakan dalam serangan itu ditemui berdekatan tempat kejadian.

Vikneswaran akan dihadapkan semula ke mahkamah pada bulan depan. Jika sabit kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya, dia boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, didenda, disebat, atau mana-mana gabungan hukuman tersebut.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita