Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki 30 tahun diberkas; serang mangsa guna pisau lipat di Bedok

Seorang lelaki berusia 30 tahun diberkas pada Selasa (2 Nov) selepas didakwa menyerang seorang lelaki lain menggunakan pisau lipat.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 30 tahun diberkas; serang mangsa guna pisau lipat di Bedok

Gambar fail: Jeremy Long

Diterbitkan : 03 Nov 2021 08:30AM Dikemas Kini : 03 Nov 2021 08:32AM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 30 tahun diberkas pada Selasa (2 Nov) selepas didakwa menyerang seorang lelaki lain menggunakan pisau lipat.

Insiden tersebut berlaku sekitar 5.50 petang di Blok 89 Bedok North Street 4, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam kenyataan medianya.

Menyusuli soal siasat di tempat kejadian, para pegawai polis berjaya memberkas suspek dalam masa sejam dan pisau lipat itu ditemui di sebuah tong sampah.

Siasatan awal menunjukkan bahawa penyerang tidak mengenali mangsa berusia 26 tahun itu, yang mengalami luka melecet ringan pada bahagian tengkuknya. Siasatan lanjut sedang dijalankan.

Lelaki berusia 30 tahun itu akan didakwa di mahkamah pada Rabu (3 Nov) atas tuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya di bawah Seksyen 324 Kanun Jenayah.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, didenda atau mana-mana gabungan hukuman tersebut.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan