Skip to main content

Singapura

Lelaki 29 tahun maut dalam kemalangan lori di AYE

Seorang lelaki berusia 29 tahun meninggal dunia selepas dua lori berlanggar di Ekspreswe Ayer Rajah (AYE).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 29 tahun maut dalam kemalangan lori di AYE

Petikan gambar dari video yang menunjukkan dua lori berlanggar di AYE pada 14 Dis 2018.

Diterbitkan : 15 Dec 2018 12:56PM Dikemas Kini : 15 Dec 2018 12:58PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 29 tahun meninggal dunia selepas dua lori berlanggar di Ekspreswe Ayer Rajah (AYE).

Kemalangan berlaku malam semalam (14 Dis) di AYE menghala bandar selepas susur keluar Jurong Town Hall pada sekitar 11.30 malam, menurut polis.

Dua lori sedang cuba bertukar lorong pada masa yang sama apabila salah satunya melanggar dari belakang kenderaan di hadapannya. Mangsa merupakan seorang penumpang salah satu lori dalam kemalangan itu. Beliau terperangkap dalam kenderaan.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura menyatakan bahawa ia terpaksa menggunakan peralatan hidraulik untuk mengeluarkan mangsa dari lori tersebut. Beliau kemudian dikejarkan ke Hospital Universiti Nasional, di mana beliau kemudian meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami.

Pemandu lori yang sama, juga seorang lelaki berusia 29 tahun, diberkas kerana menyebabkan kematian dengan bertindak cuai, menurut polis.

Tiada siapa dalam sebuah lagi lori yang cedera, tambah polis, sambil menambah siasatan masih dijalankan. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita