Skip to main content

Singapura

Lelaki 28 tahun diberkas; disyaki tipu mangsa beli pelitup bernilai S$175,000

Seorang lelaki berusia 28 tahun diberkas pada Jumaat (14 Feb) setelah seorang mangsa menyerahkan lebih S$175,000 sebagai bayaran pendahuluan bagi 500 karton pelitup. 

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 28 tahun diberkas; disyaki tipu mangsa beli pelitup bernilai S$175,000

Seorang lelaki memegang pelitup. (Gambar: Gaya Chandramohan/Mediacorp)

Diterbitkan : 15 Feb 2020 09:26AM Dikemas Kini : 15 Feb 2020 09:28AM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 28 tahun diberkas pada Jumaat (14 Feb) setelah seorang mangsa menyerahkan lebih S$175,000 sebagai bayaran pendahuluan bagi 500 karton pelitup.

Polis menerima aduan pada Jumaat daripada seorang lelaki, yang mendakwa beliau ditipu oleh seorang penjual online yang mengiklankan penjualan pelitup muka pembedahan di Carousell.

Mangsa menyerahkan lebih S$175,000 wang pendahulan bagi pelitup itu yang bertujuan untuk diagihkan kepada kakitangan sebuah syarikat.

"Bagaimanapun, setelah menerima deposit itu, suspek lelaki tidak dapat dihubungi dan tidak menghantar barangan," menurut polis dalam satu kenyataan media.

Para pegawai dari divisyen polis Ang Mo Kio menangkap suspek pada Jumaat. Dia akan didakwa di mahkamah pada Sabtu dengan tuduhan mencuri.

Jika sabit kesalahan, dia boleh menghadapi hukuman penjara sehingga 10 tahun dan didenda.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita