Lelaki 27 tahun diberkas cabul kehormatan wanita di Bukit Timah
Seorang lelaki berusia 27 tahun diberkas kerana dipercayai mencabul kehormatan seorang wanita di Bukit Timah, menurut polis.

Gambar hiasan. (Gambar: Reuters)
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 27 tahun diberkas kerana dipercayai mencabul kehormatan seorang wanita di Bukit Timah, menurut polis.
Dalam satu kenyataan media hari ini (22 Mac), polis menyatakan bahawa mangsa membuat aduan bahawa kehormatannya dicabuli seorang lelaki yang tidak dikenali ketika sedang berjalan di Hindhede Walk berdekatan Upper Bukit Timah Road pada Selasa lalu (20 Mac).
Selepas menjalankan siasatan, para pegawai daripada Divisyen Polis Jurong menangkap suspek pada keesokan harinya, menurut polis.
Lelaki tersebut akan didakwa di mahkamah esok (23 Mac) dengan tuduhan mencabul kehormatan. Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara antara dua hingga 10 tahun dengan sebatan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.