Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki 26 tahun diberkas; perdaya wanita & curi S$700

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 26 tahun diberkas; perdaya wanita & curi S$700

(Gambar: Hanidah Amin)

Diterbitkan : 07 Aug 2022 06:49PM Dikemas Kini : 07 Aug 2022 06:49PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 26 tahun diberkas pada Sabtu (6 Ogos) kerana dipercayai mencuri wang tunai sebanyak S$700 dari seorang wanita di Geylang. 

Polis menerima aduan daripada seorang wanita pada 4 Ogos yang mendakwa seorang lelaki yang tidak dikenali mencuri duitnya di Eunos Road. 

Siasatan awal mendapati lelaki berkenaan menghampiri mangsa dan rakannya. Dia kemudian dipercayai memperdaya mangsa untuk melakukan pemeriksaan ke atas barangan peribadinya sebelum melarikan diri dengan wang mangsa. 

Para pegawai dari Divisyen Polis Bedok mengenal pasti identiti lelaki tersebut dan menangkapnya pada Sabtu (6 Ogos). 

"Siasatan awal menunjukkan bahawa lelaki berkenaan dipercayai terbabit dalam satu lagi kes curi di Geylang," menurut polis. 

Lelaki tersebut akan didakwa di mahkamah pada Isnin (8 Ogos). 

Kesalahan mencuri membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda, atau kedua-duanya sekali. 

"Polis tidak akan bertolak ansur terhadap jenayah sedemikian dan akan berusaha sedaya upaya untuk memberkas pesalah dan menangani mereka mengikut undang-undang," tambah polis. 

Sumber : CNA/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa