Skip to main content

Singapura

Lelaki 25 tahun didakwa tangguh NS lebih 3 tahun

Seorang lelaki berusia 25 tahun didakwa di mahkamah hari ini (21 Jan) kerana dituduh menangguhkan Perkhidmatan Negara (NS) selama lebih tiga tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 25 tahun didakwa tangguh NS lebih 3 tahun

Zaley Cheng Xi Xiong dituduh menangguhkan Perkhidmatan Negara selama lebih tiga tahun.

Diterbitkan : 21 Jan 2019 05:18PM Dikemas Kini : 21 Jan 2019 05:20PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 25 tahun didakwa di mahkamah hari ini (21 Jan) kerana dituduh menangguhkan Perkhidmatan Negara (NS) selama lebih tiga tahun.

Rakyat Singapura, Zaley Cheng Xi Xiong, dipercayai gagal melaporkan diri untuk menjalani NS sepenuh masa antara 10 Jun 2014 hingga 30 Ogos 2017.

Dia berdepan dengan satu lagi dakwaan terus menetap di luar Singapura tanpa permit keluar sah sepanjang tempoh tersebut. Dokumen mahkamah tidak memberikan butiran tentang tempat yang dikunjungi tertuduh.

Cheng dibebaskan dengan ikat jamin S$10,000 dan dijangka kembali dihadapkan ke mahkamah pada 4 Feb.

Jika sabit kesalahan di bawah Akta Pendaftaran Perkhidmatan Negara, dia boleh dipenjara sehingga tiga tahun dan didenda sehingga S$10,000. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita