Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki 25 tahun didakwa humban basikal dari blok Choa Chu Kang Crescent

Seorang lelaki berusia 25 tahun akan didakwa di mahkamah pada Isnin (1 Nov) atas tuduhan membuang basikal dari sebuah blok perumahan di Choa Chu Kang Crescent.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 25 tahun didakwa humban basikal dari blok Choa Chu Kang Crescent

Sebuah basikal dijumpai di lantai satu sebuah blok flat di Choa Chu Kang Crescent. (Gambar: SFP)

Diterbitkan : 30 Oct 2021 09:26PM Dikemas Kini : 30 Oct 2021 09:27PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 25 tahun akan didakwa di mahkamah pada Isnin (1 Nov) atas tuduhan membuang basikal dari sebuah blok perumahan di Choa Chu Kang Crescent.

Sekitar pukul 7.30 malam pada 23 Januari lalu, polis dimaklumkan tentang satu kes basikal yang dihumbankan dari blok perumahan berkenaan.

"Melalui siasatan susulan, para pegawai dari Jabatan Polis Jurong berhasil mengenal pasti identiti lelaki itu dan menangkapnya," menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam satu kenyataan media pada Sabtu (30 Okt).

"Siasatan awal menunjukkan lelaki itu dipercayai menghumban sebuah basikal dari koridor di unit kediamannya."

Kenyataan media itu bagaimanapun tidak pula menyatakan dari tingkat mana basikal itu dipercayai dihumban.

Satu gambar yang disediakan oleh SPS menunjukkan sebuah basikal berwarna kuning berada di lantai kolong blok tersebut dengan rodanya remuk.

Suspek akan didakwa dengan tuduhan melakukan tindakan melulu di bawah Kanun Jenayah.

Jika didapati bersalah, dia boleh dipenjara sehingga enam bulan, didenda tidak melebihi S$2,500 atau kedua-duanya sekali.

Polis tidak akan bertolak ansur terhadap tindakan yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang secara terang-terangan mengabaikan undang-undang," menurut SPF.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan