Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki 25 tahun diberkas; disyaki bakar bendera S’pura di Woodlands

Seorang lelaki berusia 25 tahun ditangkap pada Rabu (7 Ogos) selepas bendera-bendera Singapura ditemui dibakar di sebuah blok HDB di Woodlands. Demikian didedahkan oleh Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam kenyataan medianya.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 25 tahun diberkas; disyaki bakar bendera S’pura di Woodlands

Gambar fail bendera Singapura (Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 08 Aug 2019 08:40AM Dikemas Kini : 08 Aug 2019 08:44AM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 25 tahun ditangkap pada Rabu (7 Ogos) selepas bendera-bendera Singapura ditemui dibakar di sebuah blok HDB di Woodlands. Demikian didedahkan oleh Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam kenyataan medianya.

Para pegawai dimaklumkan pada Ahad sekitar 12.40 tengah hari selepas bendera-bendera yang dibakar itu ditemui di Blok 774 Woodlands Crescent.

Berdasarkan siasatan yang dijalankan di tempat kejadian dan dengan bantuan rakaman CCTV, para pegawai dari Divisyen Polis Woodlands berjaya mengenal pasti identiti lelaki terlibat dan memberkasnya pada Rabu.

"Lelaki ini dipercayai terlibat dalam beberapa kes serupa di Woodlands," menurut SPF lagi.

Suspek akan didakwa di mahkamah pada Khamis.

Jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan didenda.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan