Lelaki 24 tahun maut setelah dipanah petir di Pantai Pasir Ris
Seorang lelaki berusia 24 tahun meninggal dunia selepas dipercayai dipanah petir di Pasir Ris, menurut polis pada awal pagi Isnin (6 Jul).
Seorang lelaki berusia 24 tahun meninggal dunia selepas dipercayai dipanah petir di Pasir Ris, menurut polis pada awal pagi Isnin (6 Jul).
- Lapan individu, termasuk seorang lelaki berusia 24 tahun, terkena panahan petir ketika berkayak dan bermain papan kayuh di Pasir Ris, Singapura pada petang Ahad.
- Polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menerima panggilan kecemasan sekitar 4.50 petang dan membawa mangsa ke Hospital KK dan Hospital Besar Sengkang.
- Lelaki 24 tahun itu disahkan meninggal dunia, manakala tujuh lagi dirawat; polis tidak mengesyaki unsur khianat dan siasatan masih diteruskan.
- Perkhidmatan Meteorologi Singapura menjangka hujan lebat dan guruh setempat pada minggu-minggu awal Julai, walaupun kejadian berlaku ketika langit cerah.
Lelaki itu merupakan antara lapan individu, berusia antara 13 hingga 54 tahun, yang dikejarkan ke hospital pada petang Ahad. Polis memaklumkan mereka menerima panggilan meminta bantuan pada sekitar pukul 4.50 petang pada Ahad dari 131 Pasir Ris Road, berhampiran Pantai Pasir Ris.
Dua orang dibawa ke Hospital KK bagi Wanita dan Kanak-Kanak (KKH) manakala enam lagi dibawa ke Hospital Besar Sengkang, menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) sebelum ini. Menurut polis, lelaki berusia 24 tahun itu sudah tidak sedarkan diri dan kemudian disahkan meninggal dunia.
Berdasarkan siasatan awal, polis menyatakan mereka tidak mengesyaki sebarang unsur khianat. Siasatan masih dijalankan.
Menurut laporan akhbar Straits Times, lapan individu tersebut, yang terdiri daripada lima lelaki dan tiga wanita, sedang berkayak dan bermain papan kayuh (paddleboard).
Laporan itu memetik seorang saksi yang berkata kumpulan tersebut sedang berada di laut apabila petir menyambar permukaan air. Beliau kemudian melihat seorang lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas papan kayuhnya, sedang anggota kumpulan lain cuba untuk kembali ke pantai dengan berkayak.
Saksi itu menambah bahawa keadaan langit ketika itu cerah.
Sebuah video yang dipercayai memaparkan kejadian itu menunjukkan anggota SCDF sedang mengusung mangsa ke dalam sebuah ambulans.
Menurut Perkhidmatan Meteorologi Singapura, hujan lebat berserta guruh yang bersifat setempat dijangka melanda beberapa kawasan di Singapura pada beberapa hari dalam tempoh dua minggu pertama Julai, khususnya pada lewat pagi dan sebelah petang.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.