Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki 24 tahun didakwa; sengaja main papan luncur di tugu Perang Dunia Kedua

Seorang lelaki rakyat Singapura berusia 24 tahun didakwa di mahkamah pada Isnin (13 Sep) selepas dia dipercayai bermain papan luncur di sebuah tugu peringkatan Perang Dunia Kedua.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 24 tahun didakwa; sengaja main papan luncur di tugu Perang Dunia Kedua

(Gambar: Malvin Fang/Facebook)

Diterbitkan : 13 Sep 2021 03:45PM Dikemas Kini : 13 Sep 2021 03:48PM

SINGAPURA: Seorang lelaki rakyat Singapura berusia 24 tahun didakwa di mahkamah pada Isnin (13 Sep) selepas dia dipercayai bermain papan luncur di sebuah tugu peringkatan Perang Dunia Kedua.

Stephan Kovalkov didakwa dengan tuduhan sengaja mengganggu monumen negara di bawah Akta Pemuliharaan Monumen Negara.

Pada 18 Jul, polis menerima aduan mengenai kejadian bermain papan luncur di Taman Peringatan Perang, menurut polis dan Lembaga Warisan Negara (NHB) dalam kenyataan media bersama.

Siasatan mendapati bahawa pada 17 Jul 2021, seorang pemuda berusia 24 tahun "dipercayai bermain papan luncur tanpa bot" di Tugu Peringatan Perang itu.

Siasatan juga sedang dijalankan terhadap empat orang lain, berusia antara 18 hingga 24 tahun, yang didakwa terlibat membantu lelaki berkenaan dengan perbuatannya itu.

"Polis tidak akan bertolak ansur terhadap tindakan yang merosakkan atau mengganggu Monumen Negara dan pelaku kesalahan sedemikian akan ditangani dengan tegas, selaras dengan undang-undang," tegas pihak berkuasa.

Jika didapati bersalah kerana merosakkan atau mengganggu Monumen Negara, pelaku boleh didenda sehingga S$30,000, dipenjara sehingga enam bulan, atau kedua-duanya sekali.

Dalam satu video di Facebook, lelaki itu dilihat mengikat papan luncur pada kasutnya sebelum meluncur menggunakan papan tersebut di seberang kolam. Dia juga melakukan aksi membanting papan luncurnya pada tugu tersebut.

Tugu Peringatan Perang adalah Monumen Negara yang dikhaskan bagi memperingati mangsa Penjajahan Jepun.

"Monumen Negara adalah penanda penting identiti kita dan menonjolkan peristiwa penting dalam sejarah Singapura.

"Penghormatan harus diberikan kepada Monumen Negara kita, khususnya tugu peringatan perang, dan semua perbuatan yang tidak menghormatinya tidak boleh diterima sama sekali," tegas polis dan NHB. 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan