Lelaki 24 tahun didakwa kerana curi 2 jam Rolex bernilai S$44,500
Polis memberkas seorang lelaki berusia 24 tahun kerana disyaki terlibat dalam kes kecurian dua jam tangan Rolex yang bernilai S$44,500.
SINGAPURA: Polis memberkas seorang lelaki berusia 24 tahun kerana disyaki terlibat dalam kes kecurian dua jam tangan Rolex yang bernilai S$44,500.
Menurut pihak polis pada Ahad (7 Mac), sekitar pukul 3.45 petang pada 6 Mac, pihaknya menerima aduan mengenai seorang lelaki yang dipercayai mencuri dua jam tangan Rolex di Upper Boon Keng Road semasa satu perjumpaan dan kemudian melarikan diri.
Lelaki berusia 24 tahun itu dipercayai sengaja merancang untuk berjumpa dengan mangsa atas alasan ingin membeli kedua-dua jam tangan itu.
Semasa lelaki itu sedang memeriksa jam tangan itu, dia dipercayai melarikan diri dengan jam tangan tersebut.
"Menerusi siasatan dan dengan bantuan imej-imej daripada rakaman CCTV, para pegawai dari Divisyen Polis Bedok dan Pusat Kawalan Operasi Polis mengenal pasti identiti lelaki itu dan memberkasnya," menurut polis.
Salah satu daripada jam tangan itu berjaya didapatkan semula setelah ia dijual online.
Lelaki itu akan didakwa di mahkamah pada Isnin atas kesalahan mencuri.
Dia boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga tiga tahun, didenda atau kedua-duanya sekali.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.