Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki 23 tahun didakwa terlibat kes rompakan bersenjata di Tampines

Seorang lelaki berusia 23 tahun didakwa di mahkamah daerah kerana dipercayai menyerang seorang lelaki warga emas menggunakan pisau lipat di sebuah kedai serbaneka di Tampines dan merompak harta benda mangsa bernilai S$240.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 23 tahun didakwa terlibat kes rompakan bersenjata di Tampines

Mahkamah Negara di Singapura. (Gambar fail: Jeremy Long)

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 23 tahun didakwa di mahkamah daerah kerana dipercayai menyerang seorang lelaki warga emas menggunakan pisau lipat di sebuah kedai serbaneka di Tampines dan merompak harta benda mangsa bernilai S$240.

Hari ini (11 Jan), Mohamad Azim didakwa atas satu tuduhan merompak menggunakan senjata dengan menyebabkan kecederaan.

Menurut kertas pertuduhan Azim, dia dipercayai melakukan rompakan itu di Blue Dot Minimart di Tampines Street 71 pada Ahad petang (9 Jan) dan mengelar buku jari mangsa, Encik Ang Teng Kok yang berusia 78 tahun, menggunakan pisau lipat.

Secara keseluruhan, Azim dipercayai merompak harta benda milik Encik Ang yang bernilai sekitar S$243.

Barangan yang dirompak adalah:

- Dompet berwarna coklat
- Kad pengenalan Encik Ang
- Kad konsesi perjalanan warga emas milik Encik Ang yang bernilai sekitar S$20
- Kad ATM
- Wang tunai sebanyak S$23
- Telefon bimbit jenama Huawei yang bernilai sekitar S$200

Dokumen-dokumen mahkamah tidak menyatakan apa yang sedang dilakukan oleh Encik Ang di kedai minimart itu atau sama ada beliau merupakan kakitangan kedai atau pelanggan.

Pada Isnin malam (10 Jan), polis menyatakan dalam satu kenyataan media bahawa Azim diberkas bersama seorang lelaki berusia 50 tahun yang tidak didedahkan namanya selepas pihaknya dimaklumkan kepada kejadian rompakan itu pada Ahad.

Polis menyatakan bahawa para pegawai dari Divisyen Polis Bedok berjaya menangkap kedua-dua lelaki itu setelah mengenal pasti identiti mereka menerusi soal siasat dan dengan bantuan kamera polis.

Siasatan terhadap lelaki berusia 50 tahun itu masih dijalankan.

Kes Azim akan dibicarakan di mahkamah sekali lagi pada 7 Februari.

Sesiapa disabit kesalahan melakukan rompakan bersenjata dengan menyebabkan kecederaan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan dikenakan sebatan rotan sekurang-kurangnya 12 kali.

Sumber : Today/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan