Lelaki 22 tahun dituduh buat aduan palsu tentang serangan antraks di Bedok Mall
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Ili Nadhirah Mansor/TODAY)
SINGAPURA: Seorang individu berusia 22 tahun didakwa pada Rabu (25 Mei) kerana membuat aduan palsu yang mendakwa seolah-olah seorang lelaki akan melepaskan spora antraks di sebuah pusat beli-belah dan pusat pertukaran bas di Bedok.
Dokumen mahkamah menunjukkan bahawa tertuduh bernama Mercury Jamie Alice adalah seorang lelaki.
Mercury berdepan dengan satu tuduhan memberikan keterangan palsu mengenai sesuatu perkara yang berbahaya dan satu lagi tuduhan memiliki video dan gambar lucah.
Warga Singapura itu dipercayai menyerahkan aduan I-Witness kepada polis pada malam Hari Kebangsaan, 9 Ogos tahun lalu.
Menggunakan nama yang berbeza, Mercury menulis bahawa dia ingin membuat aduan mengenai "kejadian di mana spora antraks dilepaskan lewat hari ini di Bedok Mall dan pusat pertukaran bas pada Hari Kebangsaan".
Mercury juga mengatakan bahawa spora itu "akan dituangkan ke dalam sistem pengudaraan pada pukul 10.00 malam". Dia juga mendakwa bahawa "tindakan pengganas itu" akan dilakukan oleh lelaki lain yang tinggal di sebuah flat di Jurong West.
Antraks boleh menyebabkan penyakit yang teruk pada manusia dan haiwan.
Ia tidak berjangkit tetapi ia boleh menyakitkan orang jika mereka menyentuh haiwan yang terjangkit atau memakan produk haiwan yang tercemar.
Dokumen mahkamah menunjukkan bahawa Mercury disyaki memiliki telefon bimbit iPhone yang mengandungi 72 video lucah dan 60 gambar lucah antara April 2020 dengan Ogos 2021.
Mahkamah mendapati pada Rabu bahawa Mercury yang dibebaskan dengan ikat jamin S$5,000, mungkin akan dikenakan lebih banyak tuduhan di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer. Kes tersebut ditangguhkan sehingga 22 Jun.
Di bawah Kanun Jenayah, sesiapa saja yang disabit kesalahan menyebarkan maklumat palsu mengenai perkara berbahaya boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau didenda sehingga S$50,000, atau dihukum dengan kedua-duanya.
Sesiapa saja yang didapati bersalah kerana memiliki bahan lucah boleh dipenjara sehingga tiga bulan atau didenda, atau kedua-duanya sekali.

Sumber : Today/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.